Pesta Angin Timur Perlis kini dalam talian - Harian Metro Online
Halaman KorporatPemetaan Budaya
Increase size
Reset to Default
Decrease size
 Image - ms_my bm
  • Image - ms_my bm
  • Image - en_gb en
Image - logojatabmnew

 

Image - logo n text-02 Image - logo n text-04 Image - logo n text-05 Image - logo n text-03
  • Utama
  • Info Korporat
      • Pengenalan
      • JKKN Negeri
  • Perkhidmatan
  • Berita & Media
  • Program
  • Galeri
  • Hubungi Kami

Pesta Angin Timur Perlis kini dalam talian - Harian Metro Online

 

Ridzuan Abdul Rahman
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Image - 0604rspat_1622810658

 

Kuala Lumpur: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama kerajaan negeri Perlis menganjurkan program Pesta Angin Timur Perlis (PAT) 2021 edisi ke-9 yang berlangsung bermula hari ini dan esok.

Bagaimanapun, penganjuran program yang turut popular dalam kalangan pelancong luar dan rakyat negeri berdekatan kali ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya berikutan pandemik Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, buat pertama kalinya, PAT 2021 dilaksanakan secara dalam talian yang dijenamakan sebagai PAT2021@Online bertemakan Mai Pakat Mai…. Pakat Jengok Ramai-Ramai!

"Program ini disiarkan secara maya selama dua hari bermula hari ini dan esok menerusi saluran digital JKNN iaitu Facebook JKKN TV.

"Semua kandungan dalam program maya selama dua hari ini dirakam terlebih dulu dengan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat.

 

"Industri pelancongan budaya memainkan peranan penting dalam penjanaan pendapatan serta merancakkan rantaian sektor perniagaan," katanya yang merasmikan PAT2021@Online bersama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, hari ini. .

Sebagai bukti, pada 2020 Pesta Angin Timur Perlis berjaya mencatatkan pulangan pendapatan berjumlah RM492,000 dengan kehadiran seramai 127,160 orang sepanjang tiga hari penganjurannya.

PAT2021@Online turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan kesenian JKKN Perlis seperti tarian kesenian negeri Perlis, persembahan gendang pelbagai kaum merangkumi Melayu, India, Cina dan Siam, persembahan nyanyian lagu loghat Perlis oleh artis-artis tempatan.

Tidak ketinggalan persembahan kesenian tulen negeri Perlis seperti teater Jikey, Awang Batil, muzik Alu Bunyi dan banyak lagi.

Penyanyi kelahiran Perlis, Khai Bahar turut ditampilkan untuk menyampaikan lagu Bayang.

Turut diselitkan ialah segmen 'Jualan Produk' untuk mempromosikan produk usahawan Perlis yang akan dijual secara dalam talian.

Program maya ini turut dilengkapi dengan ceramah agama dan tazkirah rohani.

PAT2021@Online dirasmikan oleh Nancy bersama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini.

Disiarkan pada: Jun 4, 2021 @ 8:44pm
 
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/713967/pesta-angin-timur-perlis-kini-dalam-talian
 
 
 

Berita & Media

  • Keratan Akhbar
  • Siaran Media
  • Muat Turun
  • Data Terbuka
Image - Logo-01
Image - Logo-02
Image - Logo-03
Image - Logo-04
Image - Logo-06
Image - Logo-09
Image - Logo-10
Image - Logo-11
Image - Logo-12
Image - Logo-13
Image - Logo-14
Image - Logo-15
Image - qr
Image - 003-facebook Image - 002-youtube Image - 004-twitter Image - 001-instagram

IBU PEJABAT JKKN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26148200
Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)
Emel : info @ jkkn.gov.my

PAUTAN

Penafian

Data Privasi

Dasar Keselamatan

Bantuan

Data Terbuka

Perlindungan Data Peribadi

Adakah anda menyukai wajah baharu laman web ini?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Image - loading_small
Image - loading_polling
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 3.png0.png9.png9.png9.png1.png5.png
  • Hari Ini: 1866
  • |
  • Semalam: 2061
  • |
  • Minggu Ini: 11494
  • |
  • Bulan Ini: 11494
  • |
  • Jumlah: 3099915